KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja- Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) mengumumkan pengagihan dividen tunai bagi tahun kewangan tahun 2019 kepada 7,505 anggotanya bermula 2 Jun 2021 (Rabu) sebanyak 10 peratus iaitu dengan agihan 1 peratus atas yuran dan 9 peratus atas saham menjadikan dividen keseluruhan berjumlah RM702,027.00
Agihan berdasarkan pendapatan teraudit Tahun 2019 berjumlah RM11,431,450 dan untung bersih Sebanyak RM1,301,463.00

Kastian Haji Dula
Menurut seorang Pentadbir Kopeks, Kastian Hj. Dula, menyatakan bahawa kelewatan pengisytiharaan dan pembayaran dividen bagi tahun Kewangan 2019 adalah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid -19 yang membataskan proses pengauditan dibuat oleh juruaudit luar yang beroperasi di Pulau Pinang. Agihan dividen akan bermula pada 2 Jun 2021.
“Pembahagian dividen bagi tahun Kewangan 2020 juga akan dibuat pada tahun Ini setelah akaun Kopeks bagi tahun Kewangan 2020 selesai dibuat dan disahkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia”, kata Kastian.
Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) beliau memaklumkan bahawa pengagihan dividen akan dibuat melalui kaedah pengkreditan terus ke akaun bank anggota.
“Para anggota digalakkan untuk berhubung dengan Kopeks di talian 088-24558 atau 010-2295730 bagi menyerahkan atau kemaskini nombor akaun bank masing-masing”, jelasnya lagi.
“Pembayaran dividen akan bermula pada 3 Jun 2021 sehingga 30 jun 2021. Tambahnya lagi bagi anggota yang tidak memohon untuk pengkreditan dividen ke dalam akaun selepas 30 Jun 2021, dividen akan dikreditkan terus ke dalam akaun Yuran simpanan terkumpul anggota.
“Kopeks masih lagi menjalankan promosi Pakej Pembiayaan Prihatin untuk rancangan ekonomi dan membantu Kewangan anggota semasa Pandemik Covid-19 dengan pinjaman sehingga RM30,000.00 sengaja kadar keuntungan serendah 3.99 peratus kepada anggota sedia ada dan penjawat Awam yang baharu masuk menjadi anggota, menurutnya lagi.
Pentadbir juga katanya, mengucapkan terima kasih kepada para anggota yang memberikan sokongan kepada Kopeks selama ini. Beliau menyeru penjawat awam daripada agensi dan jabatan kerajaan persekutuan dan negeri menyertai Kopeks khususnya mereka yang baharu memasuki perkhidmatan awam.