KOTA KINABALU: Serang guru Kafa berumur 29 tahun, yang melakukan gangguan seksual fizikal ke atas muridnya yang berumur 12 tahun, dihukum penjara lapan tahun dan diperintah dikenakan dua kali sebatan rotan.
Menurut Harian Ekspres, Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Azwan Polok selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.
Azwan didapati bersalah kerana melakukan perbuatan itu dengan mengusap payu daranya antara Mei 2018 dan Jun 2018 di sebuah pusat Kafa di Keningau.
Dia disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Semasa mitigasi, Azwan yang tidak diwakili, merayu hukuman ringan dengan mengatakan dia perlu menjaga ibu bapanya dan ibunya sakit.
Dia merayu agar hukuman dijalani dari tarikh dia ditahan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Adibah Saiful Bahri menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan kerana ia adalah satu kesalahan serius dan juga sangat berleluasa ketika ini.
Mahkamah memerintahkan Azwan menjalani hukuman penjara dari tarikh dia dtahan pada 10 Oktober, 2018.
Tujuh saksi pendakwaan dipanggil semasa prosiding dan Azwan merupakan saksi tunggal di peringkat pembelaannya.
DE