Dr Stanley bersama staf Klinik Swastanya di Pekan Ranau.
RANAU: Lagi saranan kepada warga daerah ini dan Kundasang supaya terus membudayakan amalan norma baharu dalam kehidupan bagi mengekalkan kedua-dua kawasan tersebut ber status ‘Zon Hijau’, tiada kes COVID-19.
Ramai yang ditemui masing-masing mengajak rakyat di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Dun Kundasang, Dun Karanaan dan Dun Paginatan, dalam Parlimen Ranau, agar mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian COVID-19 yang kini masih menular seluruh dunia.
Penduduk Kampung Paka Dua Ranau, Hamdan bin Karamin, berkata apa yang penting ialah pematuhan SOP yang ditetapkan termasuk mengamalkan penjarakan fizikal satu meter antara individu, sering membasuh tangan dengan air sabun atau cecair pembunuh kuman (sanitiser), memakai pelitup separuh muka (facemask) dan tidak mengunjungi kawasan sesak (ramai orang).

Hamdan
“Kalau semua orang dapat mematuhi SOP yang dikuatkuasakan, kita pasti berjaya memutuskan rantaian COVID-19”, kata salah seorang pelajar Tingkatan Enam di SMK Lohan yang enggan namanya disiarkan.
Seorang lagi, pengamal perubatan di sebuah klinik swasta di Pekan Ranau, Dr Standley Chong, berkata sekatan Rentas Daerah yang bermula 24 Mei hingga 7 Jun adalah wajar bagi mengekang penularan COVID-19 daripada menjangkiti orang ramai, khususnya rakyat negeri ini.
“Oleh kerana itu, semua orang tanpa mengira suku kaum, agama dan fahaman politik harus nematuhi segala SOP yang disarankan Kerajaan,” tambahnya. –