KOTA KINABALU: Satu petisyen dalam talian dilancarkan lewat malam Sabtu bagi membantah system undian berbayar pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Sabah.
Menurut Harian Ekspres, system undian awam dan diperkenalkan oleh penganjur untuk memilih 21 peserta terbaik daripada 79 UNK yang mewakili kawasan DUN atau cawangan KDCA.
Dalam kenyataan misi pada laman petisyen tersebut, penciptanya, dikenali sebagai ‘Orang Kampung’, berkata pertandingan UNK seharusnya menggambarkan semangat Kaamatan untuk memperingati legenda Huminodun yang mengorbankan dirinya untuk kesejahteraan rakyat.
“Bagaimanapun, organisasi UNK pada 2021 tidak menunjukkan keadilan dalam sistem pengadilan untuk memilih pemenang bagi gelaran Unduk Ngadau apabila sistem undian membabitkan wang digunakan,” kata pencipta petisyen itu.
Tambahan pula, semasa pandemic, pencipta itu berkata rakyat bergelut dengan keadaan ekonomi masing-masing.
“Bantahan in menggesa penganjur menggunakan sistem adil yang tidak membebankan rakyat.
“Peserta UNK tidak datang daripada keluarga berada dan pengalaman ini (menyertai UNK) akan bermakna untuk kehidupan mereka.”
Pencipta petisyen itu juga menggesa penganjur supaya tidak menjadikan Pesta Kaamatan satu platform untuk mendapat “duit mudah” atau mencemar imej pesta itu.
Sementara itu, sistem yang baru didedahkan itu juga mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai, dengan ramai mengatakan skim pemarkahan baharu itu mewujudkan medan persaingan tidak adil bagi peserta.
Ibu kepada seorang peserta berkata bakat tidak lagi penting dan ramai akan membuang duit (untuk mengundi). “Di mana saya mahu cari ribuan ringgit untuk menyokongnya?”
Seorang lagi pengurus peserta berkata dia tidak nampak semangat Huminudon untuk UNK tahun ini, kerana Huminodun diperdagangkan (untuk wang.
Seorang peminat pertandingan itu berkata sistem undian berbayar itu ibarat merendahkan martabat ratu cantic Unduk Ngadau, kerana seolah-olah UN itu benda untuk dijual, sama seperti patung Barbie yang dijual di Shopee.
Ada juga berpendapat bahawa sistem undian itu memesongkan pertandingan itu daripada semangat sebenar Kaamatan bercanggah dengan tradisi.
DE