Gambar ihsan Irwan Majid
BEAUFORT: Banjir terburuk yang melanda daerah ini sejak tujuh tahun lalu meragut nyawa seorang penduduk Kampung Mantao pagi tadi.
Polis berkata mangsa, Fairol Jisirun, 21, tergelincir dan jatuh ke dalam air banjir kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Ketua polis daerah DSP Yusof Zaki Mat Yaacob berkata Fairol bersama abang dan kakak iparnya dalam sebuah bot.
“Mereka baru balik dari sebuah rumah burung walit dalam kampung itu.
“Abang mangsa sedang menolak bot semasa mangsa tergelincir ke dalam air,” katanya.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan itu kira-kira setengah jam kemudian.
“Mayat dijumpai tidak jauh daripada mana mangsa terjatuh,” tambah Yusof.
Penemuan pukul 1 tengah hari itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (Sudden Death Report)..