Hj. Ruslan berucap dalam program Ziarah Kasih di kampung Labi, Beaufort.
BEAUFORT: Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, Hj. Ruslan Muharam, telah mengadakan Program Ziarah sempena bulan Ramadan di kampung Labi, Beaufort.
Menurut Hj. Ruslan, lokasi kampung sangat terpencil dan menggunakan perahu serta berjalan kaki sebuah 1 kilometer adalah satu pengalaman yang bermakna kerana pada masa yang sama, beliau dapat menyantuni penduduk kampung Labi.
“Saya serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian serta Pergerakan Pemuda dan Wanita PBS dapat menyantuni penduduk kampung dalam program berkenaan.
Hj. Ruslan yang merupakan pengerusi Perkasa Realty Sdn. Bhd memberitahu lagi, día bersyukur kerana berpeluang untuk berkunjung ke kampung ini kerana penduduk kampung memberitahu bahawa belum pernah wakil rakyat mahupun dalam kerajaan terdahulu datang berkunjung ke kampung mereka.
“Selaku wakil rakyat dan Ketua Bahagian PBS, sebagai pemimpin kita perlu mendekati rakyat pada setiap masa dan di mana sahaja berada, untuk melihat keadaan sebenar rakyat.
“Perjuangan parti ialah untuk mempertahankan dan melindungi hak rakyat negeri Sabah secara amnya, juga di DUN Lumadan.
Sehubungan itu, Hj Ruslan berharap pemimpin-pemimpin kampung membuat plan tindakan untuk membangunkan kampung masing-masing dalam aspek pembangunan fasiliti dan infrastruktur.
Dalam program yang sama, Hj. Ruslan juga melawat pembinaan jalan raya kampung berkenaan sepanjang 1.6 kilometer yang di jangka akan siap sepenuhnya Julai depan. Jalan raya ini merupakan impian penduduk kampung selama 80 tahun belum pernah menerima apa-apa pembangunan infrastruktur.
“Pembinaan jalan raya ini merupakan janji dalam manifesto semasa mengadakan kempen dalam Pilihan raya Negeri (PRN) yang lalu.
“Saya berterima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor kerana selepas sahaja 3 bulan saya mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat DUN Lumadan permohonan naik taraf jalan raya telah diluluskan, dan inilah hasilnya.
Terdahulu, Hj Ruslan mengadakan sambutan ulangtahun kelahiran isterinya yang ke -56.