Md Ali semasa berucap.
KENINGAU:Projek pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di Nabawan yang kini mencapai 35 peratus, dijangka akan siap sepenuhnya tahun depan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Md Ali Ismail berkata, projek tersebut berdepan sedikit kelewatan berikutan pembinaan terhenti ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan berkenaan sebelum ini.
Bagaimanapun, kontraktor terlibat telah memulakan semula kerja pembinaan dengan giat pada masa ini.
“Pembinaan balai itu selaras usaha memantapkan masa bertindak atau ‘respond time’ sekiranya berlaku kebakaran atau bencana di kawasan berkenaan” katanya.
Md Ali berkata demikian ketika lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Keningau pada Rabu.
Dalam pada itu, Md Ali yang baru menerajui JBPM Sabah berharap dapat meneruskan kecemerlangan jabatan berkenaan.
Turut dilaksanakan, pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2021 Zon 4 Keningau serta Penyerahan Kuih Raya dan Kurma kepada para anggota.
