CEO BAHARU : Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Joachim Gunsalam (empat, kanan) bagi mewakili YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor, menyerahkan watikah pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu bagi Palm Oil Industrial Cluster (POIC Sabah Sdn. Bhd), Datuk Fredian Gan (tiga, kanan).
Dr. Joachim berharap Fredian akan menerajui syarikat berkenaan dengan lebih mampan dan bekerjasama rapat dengan pihak Kementerian Pembangunan Perindustrian.
Sebelum ini Fredian menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri TSKN (Pembangunan).
Turut hadir ialah Pengerusi POIC, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Tseu Kei Yue dan pegawai kanan POIC.