Hj Ruslan menyerahkan sumbangan juadah berbuka puasa kepada Nor’ain Hj. Bakir.
Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Hj. Ruslan Muharam menyumbangkan 200 bungkus makanan kepada kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Kompleks Bersepadu KKMM Jalan Lintas, Kepayan. Edaran sumbangan makanan berlangsung selama 4 hari kepada semua kakitangan termasuk yang melibatkan petugas sebelah malam. Sumbangan berkenaan di terima oleh Puan Nor’ain Hj. Bakir Pengarah Penyiaran Sabah.
Menurut Hj. Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd berkata, sumbangan tersebut adalah sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab RTM sebagai sumber informasi yang tepat kepada rakyat.
Selain itu, Hj. Ruslan mengingatkan kepada semua rakyat, khususnya di kawasan Lumadan mematuhi apa juga keputusan yang ditetapkan oleh kerajaan semasa Perayaan Hari Raya pada tahun ini serta mendaftar sebagai penerima vaksin dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) demi membendung penularan Covid -19 .