Hamisa menyerahkan sumbangan kepada madrasah dan pusat tahfiz di kawasan Parlimen Tawau dan Kalabakan.
Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Tawau turut menyertai Program Jelajah Ramadan bersama RTM Tawau, baru-baru ini.
Jelajah Ramadan RTM Tawau kali ini dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak terkecuali Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Perhubungan Tawau terlibat sama yang disertai oleh Pengerusinya Datuk Hamisa Samat bersama-sama ahli jawatankuasanya.
Jelajah Ramadan kali ini menyantuni sebahagian Madrasah dan Pusat Tahfiz di kawasan Parlimen Kalabakan dan Parlimen Tawau.
Sebanyak 14 buah Pusat Tahfiz keseluruhan telah dikunjungi bersama-sama dengan Pengarah RTM Tawau.
Menurut Hamisa sepanjang Ramadan ini pihaknya telah mengatur pelbagai program kebajikan bagi memastikan golongan kurang bernasib baik ini, termasuk anak-anak yatim tidak berasa disisih.
Tambah beliau berharap usaha murni yang sudah dijalankan sejak beberapa tahun lalu itu diteruskan dan dicontohi kawasan kejiranan lain tambahan pula ia dijalankan berasaskan semangat persaudaraan sesama masyarakat.